Wednesday, 24 June 2015

JAIP Denda RM2,000 Jika Berpakaian Mencolok Mata Ke Bazar Ramadan

JAIP Denda RM2,000 Jika Berpakaian Mencolok Mata Ke Bazar Ramadan





Gambar hiasan

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyatakan wanita Islam di negeri itu yang berpakaian mencolok mata termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000.

Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya di beberapa lokasi di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaian tidak sopan yang dianggap sebagai tidak sesuai.
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyatakan wanita Islam di negeri itu yang berpakaian mencolok mata termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000.



“Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini.

“Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” katanya seperti dilapor sebuah portal berita, hari ini.

Tambah Anis, pihak JAIP tidak meletakkan etika berpakaian untuk menjelaskan cara pemakaian yang dianggap sopan.

“JAIP tidak bleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain.

"Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan," katanya.

Bagaimanapun, pesalah yang ditangkap pihak berkuasa agama akan diberi kaunseling terlebih dulu dan sekiranya, mereka mengulangi kesalahan sama maka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.



- mD

SUMBER: MALAYSIAN DIGEST

Sunday, 21 June 2015

Inilah Punca Tyrese Gibson Memeluk Islam, Hidayah Turun Antaranya Ketika Melakonkan Babak di Dalam FAST7



Inilah Punca Tyrese Gibson Memeluk Islam, Hidayah Turun Antaranya Ketika Melakonkan Babak di Dalam FAST7


.




Jika beberapa hari lalu, pengguna media sosial rancak memperkatakan tentang aktres berpengaruh Hollywood, Angelina Jolie kononnya menitip ucapan 'Ramadan Kareem' kepada peminat Islamnya menerusi laman fanpage Facebook sekaligus menjadi viral.

Terkini tersebar pula berita pelakon dan penyanyi yang lebih dikenali menerusi watak Roman Pearce dalam siri filem hebat Fast & Furious iaitu Tyres Daniel Gibson, menitip ucapan 'Ramadan Al-Mubarak' kepada peminat khususnya kepada beragama Islam.





.Malah, di sebalik ucapan itu selebriti yang berasal dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat ini dikatakan sebenarnya sudah bergelar mualaf sejak tahun lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri Gibson menerusi laman sosial, Instagram dan Facebook miliknya apabila dia kerap memuat naik video di laman Facebooknya dengan memberi gambaran sebenar beliau sudah memeluk Islam.

Tidak hanya memuat naik ucapan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di dunia bahkan berdasarkan beberapa gambar yang pernah dimuat naiknya di Instagram sebelum ini, dia turut menulis perkataan #InshaAllah (dengan izin Allah).

Jika setiap kali statusnya tertulis #InshaAllah, Gibson menerima banyak komen daripada peminat Muslim yang turut menitipkan ucapan Alhamdulillah.

Namun, ada juga pengikutnya yang bertanya sejauh mana kebenaran dia sudah memeluk Islam.

Sementara itu, sahabat baik kepada mendiang Paul Walker ini juga dikatakan telah memeluk Islam di Dubai pada tahun 2014 ketika bercuti bersama pelakon Will Smith dan penyanyi Maxwell.

Pemergiannya ke Dubai pada tahun itu sekaligus sempena memperingati kematian Walker yang maut akibat kemalangan pada tahun lalu.

Menerusi satu rakaman video menunjukkan aktiviti Gibson di Dubai bertemu temannya berbangsa Arab dan menyapa mereka dengan ucapan assalamualaikum. Selain itu, dia juga mengenakan jubah dan lengkap berserban.

Gibson juga dikatakan pernah menyatakan perasaannya selepas memeluk Islam iaitu merasakan seperti baru dilahirkan dan sangat tenang.

Menerusi satu video temubual beberapa minggu lalu, Gibson berkongsikan pengalamannya sebagai seorang Muslim dan perkara itu disambut positif oleh peminatnya di seluruh dunia.

Di samping itu, dia berkongsi pandangannya tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan Islam sejagat.

Terbaharu, menerusi laman Instagramnya dua hari lalu, dia memuat naik sekeping foto menunjukkan permandangan di Dubai dan menulis kapsyen memaklumkan dia akan berkunjung lagi ke negara itu pada Julai nanti juga tidak lupa menulis #InshaAllah.



Wednesday, 17 June 2015

BAYI PUTUS PERGELANGAN TANGAN TERSEPIT ESKALATOR



BAYI PUTUS PERGELANGAN TANGAN TERSEPIT ESKALATOR






Kuala Lumpur

Mengerikan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 bulan putus pergelangan tangan kanannya akibat tersepit pada tangga eskalator di KL Sentral di sini, awal pagi semalam.

Lebih menyedihkan apabila tangan mangsa yang putus hanya berjaya dikeluarkan dari dalam eskalator itu kira-kira dua jam selepas kejadian.


Dalam insiden kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Mohd Afkar Daniel Freedy cedera parah ketika dibawa ibu bapanya pergi ke pusat beli belah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan berjalan ke arah tangga eskalator di tingkat dua bangunan itu.

Menurutnya, kejadian itu tidak disedari kedua ibu bapa mangsa yang ketika itu sedang membeli barang di premis berhampiran.


“Mangsa dipercayai menaiki eskalator dari aras dua menuruni tingkat satu bangunan sebelum tangan kanannya tersepit di tangga bergerak itu. Akibatnya pergelangan tangan mangsa putus dan memasuki celah eskalator itu.



“Insiden itu bagaimanapun disedari anggota pasukan polis bantuan yang berada di lokasi kejadian. Anggota polis itu kemudian segera memberi bantuan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan polis percaya insiden ini lebih kepada kelekaan ibubapa memerhatikan mangsa.

“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. CCTV hanya tertumpu di bahagian tangga sahaja,” katanya.

Sunday, 24 May 2015

MATI DIKELAR DENGAN SABIT!!!


KES BUNUH DI FELDA PADANG PIOL MANGSA DIKELAR DENGAN SABIT






Keterangan kes:-

1). Pada 24/5/15 jam l/kurang 0920 hrs, semasa pengadu bertugas di Bilik Gerakan IPD Jerantut telah terima telefon dari anggota Pondok Polis Padang Piol memaklumkan telah jumpa mayat (1)(L) Melayu di dalam kawasan ladang sawit, Padang Piol, Jerantut. Pengadu jadikan laporan maklumat pertama.

SIASATAN AWAL :-

2). Tempat kejadian merupakan di dalam ladang kelapa sawit Felda Padang Piol, Jerantut. Masa kejadian l.kurang jam 6.30pm 23/5/15.

3). Mangsa (1)(L) Melayu bernama: Mohd Shahrizal B Roselan, Umur: lingkungan 30 an, Almt: No 44, Jln Kelah, Felda Sg Retang, Jerantut. Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang atas tanah dan terdapat beberapa kesan kelar di leher mangsa. Tiada kecederaan lain pada badan mangsa. Mangsa memakai baju t shirt berwarna biru dan berseluar jeans. Dipercayai seorang penagih dadah.

4). Insp Zulaikha, Forensik D10 IPK Pahang hadir di tempat kejadian utk bantu siasatan.

5). IO kes telah berhubung dengan Dr Sri Marni, Pakar Patologi HTAA Kuantan
akan hadir post mortem di Hospital Jerantut.

6). Saspek (1)(L)Melayu telah di tangkap malam tadi mensabitkan kes ugutan tethadap abangnya dengan mengacukan sebilah sabit ke atas abangnya. Saspek semasa mengugut abangnya ada memberitahu dia telah kelar seseorang dgn sabit itu. Usaha mencari mangsa yg dikelar tak berjaya sehingga pagi ini baru dijumpai oleh orang kampung.

7). Butiran tangkapan :
Nama : Mohd Mazlan Shah B Hussin, Kpt: 811109-06-5705, Almt : No 94, Jln Kenanga, Felda Padang Piol, Jerantut.
(Tangkapan berkait Jerantut Rpt : 3752/15 btkh 24/05/15, Sek : 506 KK, IO : Insp Zaidi). Rampasan dari saspek sebilah sabit.

8). Kejadian berlaku pada 23/05/15 jam l / kurang 1900 hrs, saspek ada datang ke dalam ladang sawit Padang Piol bertujuan untuk jumpa mangsa bertanyakan hal dadah. Secara tiba-tiba, saspek keluarkan pisau terus mengelar leher mangsa beberapa kali sehinggalah mangsa ditemui pada pagi ini. 


FAKTA: MANGSA DIKELAR DENGAN MENGGUNAKAN SABIT!!

Thursday, 7 May 2015

Maarof Diculik, Dibunuh Dan Digantung Dalam Hutan

Maarof Diculik, Dibunuh Dan Digantung Dalam Hutan

Daku Amat Menyintai Mu

RAKYAT di negara ini, terutama peminat-peminat filem Melayu lama tentu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof, 79, yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka di studio perfileman melayu di Singapura dan beratus drama lakonannya.

Maarof Zakaria - Bapa seniman Mustapha Maarof
Pengasas bank Melayu pertama mati tragis dibunuh

Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapakah bapanya iaitu Allahyarham Maarof Zakaria, seorang peguam dan bekas pegawai daerah di Perak yang mati secara tragis.

Jalan Maarof

Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, yang bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat membeli belah di Bangsar yang cukup sibuk.

Siapa Maarof

Daku Amat Menyintai Mu
Maarof Zakaria dalam bulatan merah
Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari? Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.

Maarof Zakaria anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad atau Pendeta Zaaba (16 September 1895-23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis dan penulis negara, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 Nov 1909 - 7 November 1991).

Pengasas Malay Nasional Bank

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun seiring dengan kemajuan bangsa lain, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat. Salah satu daripadanya ialah melalui sistem perbankan yang sistematik.

Daku Amat Menyintai Mu
Artikel akhbar tentang tragedi pembunuhan pengasas bank Melayu pertama. Eksklusif temubual bersama anak Allahyarham, Datuk Mustapha Maarof.

Dengan berkat keazaman yang tinggi akhirnya, pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria. Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham dan hanya terbuka kepada orang-orang Melayu. Ringkasnya, pelanggannya terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Pada waktu itu telah ada dua buah bank di Tanah Melayu. Di kedua buah bank tersebut, Melayu tidak dibenar meminjam wang. Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi. Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu telah disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).

Dibunuh Kejam

Selepas 6 bulan bank untuk Melayu itu beroperasi dengan jayanya, Encik Maarof Zakaria telah dijumpai mati dibunuh di Lake Garden. Sebelum itu, Maarof dilaporkan hilang selama 2 hari selepas keluar dari rumah menuju ke Kampung Baru. Beliau ditemui di dalam hutan dalam keadaan tergantung. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya didapati tidak diambil oleh pembunuh. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.

Daku Amat Menyintai Mu

Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di dalam bidang ekonomi.

Pihak yang merancang dan bertanggungjawab membunuh Encik Maarof Zakaria, nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi. Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965, cadangan penubuhan Bank Bumiputera telah diketengahkan. Akhirnya, Bank Bumiputera Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun yang sama iaitu 1965 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak bin Hussein. Penubuhan Bank Bumiputera ini bertujuan untuk membaiki ekonomi Bumiputera dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar.

APA YANG AKAN TERJADI JIKA ANDA MINUM AIR KELAPA DALAM 7 HARI?




Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia memiliki struktur yang mirip. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah saat zaman perang di masa lalu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia terselamatkan.

Hari-hari ini air kelapa digunakan di seluruh dunia, dan Anda dapat menemukannya di berbagai pasar di lingkungan Anda. Mungkin rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesehatan lainnya dari air kelapa sangat tak diragukan lagi.

Apa yang terjadi ketika Anda minum air kelapa dalam 7 Hari?

Dikutip dari situs healthyfoodteam.com, air kelapa dapat memperkuat sistem kekebalan tubuh Anda dan menghilangkan bakteri yang menyebabkan infeksi saluran kemih, gonore, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan flu, infeksi berbagai penyakit dan tifus.

Air kelapa dapat meningkatkan energi dan produksi kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik alami dan sangat membantu bagi orang yang memiliki penyakit ginjal. Ini akan membantu membersihkan saluran kemih dan saluran kandung kemih. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu ginjal.

Air kelapa mengandung jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan. Mengkonsumsi air kelapa secara teratur akan membantu mengeliminasi asam lambung.

Karena air kelapa rendah lemak, Anda dapat meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangi nafsu makan Anda karena setelah meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan.

Cobalah basahi kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika Anda memiliki jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka. Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.

Para ahli mengklaim bahwa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesehatan selama kehamilan. Dengan hanya satu cangkir air kelapa Anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenal sebagai tekanan darah tinggi.

Ketika orang terlalu banyak minum (mabuk) sepanjang malam, mereka sering mengalami sakit kepala di pagi hari. Minumlah air kelapa untuk menghilangkan sakit kepala dan mengganti cairan yang hilang dalam tubuh serta mengatasi penyakit yang disebabkan dari mabuk.

Jika Anda ingin kulit Anda cerah dan terlindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika Anda kehilangan terlalu banyak energi dengan aktifitas fisik yang melelahkan, Anda dapat memulihkan energi Anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan efek positif pada setiap bagian tubuh Anda yang lelah.

Air kelapa kayak akan anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan energi, keamanan dari bakteri dan infeksi, penurunan berat badan dan banyak manfaat lainnya.

Wednesday, 29 April 2015

KENALI JENGKA



Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut danMaran. Dengan adanya tanah rancangan-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka. Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.

Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka.

Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai Jengka 1(Anggerik), Jengka 2 (Cempaka), Jengka 3 (Dahlia), Jengka 4 (Kemboja), Jengka 5 (Kekwa), Jengka 6 (Keembong), Jengka 7 (Kenanga), Jengka 8 (Kesidang), Jengka 9 (Kesumba), Jengka 10 (Mawar), Jengka 11 (Melati), Jengka 12 (Melor),Jengka 13 (Putri Malu), Jengka 14 (Bunga Raya), Jengka 15 (Semarak), Jengka 16 (Sena), Jengka 17 (Seri Pagi), Jengka 18 (Seroja), Jengka 19 (Siantan), Jengka 20 (Tanjung), Jengka 21 (Teratai), Jengka 22 (Terkis), Jengka 23 (Tonkin),Jengka 24, dan Jengka 25. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka,kerana ia di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri.antaranya felda kampong awah 1963.felda ulu jempol 1965,felda sungai nerek 1967.

Setiap kawasan pertempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.