Maarof Diculik, Dibunuh Dan Digantung Dalam Hutan

RAKYAT di negara ini, terutama peminat-peminat filem Melayu lama tentu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof, 79, yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka di studio perfileman melayu di Singapura dan beratus drama lakonannya.
Maarof Zakaria - Bapa seniman Mustapha Maarof
Pengasas bank Melayu pertama mati tragis dibunuh
Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapakah bapanya iaitu Allahyarham Maarof Zakaria, seorang peguam dan bekas pegawai daerah di Perak yang mati secara tragis.
Jalan Maarof
Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, yang bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat membeli belah di Bangsar yang cukup sibuk.
Siapa Maarof
![]() |
Maarof Zakaria dalam bulatan merah |
Maarof Zakaria anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad atau Pendeta Zaaba (16 September 1895-23 Oktober 1973).
Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis dan penulis negara, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 Nov 1909 - 7 November 1991).
Pengasas Malay Nasional Bank
Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.
Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun seiring dengan kemajuan bangsa lain, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat. Salah satu daripadanya ialah melalui sistem perbankan yang sistematik.

Artikel
akhbar tentang tragedi pembunuhan pengasas bank Melayu pertama.
Eksklusif temubual bersama anak Allahyarham, Datuk Mustapha Maarof.
Dengan berkat keazaman yang tinggi akhirnya, pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria. Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham dan hanya terbuka kepada orang-orang Melayu. Ringkasnya, pelanggannya terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
Pada waktu itu telah ada dua buah bank di Tanah Melayu. Di kedua buah bank tersebut, Melayu tidak dibenar meminjam wang. Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi. Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.
Namun, sayangnya niat murni tokoh itu telah disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).
Dibunuh Kejam
Selepas 6 bulan bank untuk Melayu itu beroperasi dengan jayanya, Encik Maarof Zakaria telah dijumpai mati dibunuh di Lake Garden. Sebelum itu, Maarof dilaporkan hilang selama 2 hari selepas keluar dari rumah menuju ke Kampung Baru. Beliau ditemui di dalam hutan dalam keadaan tergantung. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya didapati tidak diambil oleh pembunuh. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.

Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di dalam bidang ekonomi.
Pihak yang merancang dan bertanggungjawab membunuh Encik Maarof Zakaria, nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi. Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965, cadangan penubuhan Bank Bumiputera telah diketengahkan. Akhirnya, Bank Bumiputera Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun yang sama iaitu 1965 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak bin Hussein. Penubuhan Bank Bumiputera ini bertujuan untuk membaiki ekonomi Bumiputera dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar.
No comments:
Post a Comment